17 February 2011

Kes liwat 2 : Kalau dulu tilam, sekarang depa bawa 'bulu' pula ke mahkamah ...

KUALA LUMPUR: Jika pada perbicaraan kes fitnah I Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak pendakwa mengusung tilam ke mahkamah, perbicaraan terbaru yang dihadapi Ketua Umum Keadilan itu menyaksikan pihak pendakwa ‘mengusung’ bulu, seluar dalam dan cadar ke mahkamah.

Semua barang-barang tersebut dibuka oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong untuk ditandakan sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bahan bukti tersebut termasuk helaian bulu yang dikatakan sebagai ‘bulu kemaluan’. Peguam Sankara Nair ketika melihat bukti itu mempersoalkan mengapa ia tidak disebut sebagai ‘rambut sahaja’ kerana ia kelihatan seperti helaian rambut. Hakim Zainal Abidin Mohd Diah berkata Sankara boleh menyoal balas Dr Seah kemudian.

Sehelai seluar dalam kepunyaan pengadu Mohd Saiful Bukhari turut dikemukakan sebagai bahan bukti kes. Seluar dalam tanpa jenama itu sebelum ini didakwa saksi terdapat kesan air mani Saiful.

Sehelai permaidani berwarna warni juga turut dijadikan sebagai ‘saksi’ pendakwaan, yang dikatakan disita dari Jabatan Kimia. Selain itu, kain cadar berwarna kelabu turut ditanda sebagai bahan bukti.

Sepasang seluar hitam tanpa jenama, kameja biru dan kolar putih berjenama Ralph Lauren serta baju hijau jenama G2000 kepunyaan Saiful juga dikemukakan di mahkamah sebagai bukti kes

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive