17 February 2011

Jatuhkan BN agenda bersama - NGO

PETALING JAYA, 17 Feb: Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan. - HD
STONE : Ya agenda bersama agenda utama. Tapi kalau orang-orang yang ditugaskan untuk melakukan semua ini punya agenda lain di sebaliknya, macamana? Saperti kita tahu BN tu kuat, depa punya segala jentera segala tipu helah, segala-galanya ... jadi untuk menjatuhkan yg kuat kita juga mesti kuat. Apakah kita (Pakatan Rakyat dan NGO-NGO) sudah punya cukup kekuatan untuk menentang BN? Padahal sesama PR pun masih bercakaran. Pemimpin atau pemimpin2 yang baru hanya punya 'sikit' kuasa sudah berlagak macam sudah punya kuasa yang cukup besar, seolah-olah dia sudah mampu menjatuhkan Najib tanpa bantuan rakan2 lain.
Jalan terbaik - duduk berbincang sesama pemimpin, jangan biarkan kalau ada sedikit percanggahan pendapat tersebar keluar. atau sengaja mencari publisiti murahan dengan memberi kenyataan-kenyataan kpd akhbar.
Jangan ingat dengan adanya jawatan, kita sudah besar, ... hahaha anggapan yang silap ... fikirkan lah jalan terbaik utk menjatuhkan Najib (hanya satu - pilihanraya) lalu fikirkanlah bagaimana mahu menarik lebih ramai pengundi - bukan melakukakan sesuatu yg membuat pengundi menyampah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive