SEREMBAN: Polis menembak mati seorang penganggur yang mengamuk apabila dia menyerang polis dengan sebilah parang di sebuah rumah di Taman Chempaka, Jalan Rompin, Bahau, semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata pemuda berumur 30-an itu mati akibat kecederaan di bahagian pipinya selepas terkena sedas tembakan, dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang.
Beliau berkata pada kira-kira jam 2 petang empat anggota polis pergi ke rumah berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang suri rumah mengenai anaknya yang sedang mengamuk.
Katanya kira-kira tiga jam kemudian selepas usaha memujuk tidak berhasil dan bimbang dengan ancaman keselamatan kerana pemuda itu mempunyai sebilah parang, polis menggunakan 'taser gun' untuk melumpuhkan pergerakannya, namun ia tersasar, menyebabkan pemuda itu bertambah agresif.
"Pihak polis kemudiannya cuba berundur tapi malangnya salah seorang anggota, Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, yang tidak sempat beredar terus diserang dan ditetak bertubi-tubi di bahagian kepala dengan parang oleh pemuda itu," katanya pada satu persidangan akhbar di sini, hari ini.
Osman berkata seorang anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan untuk menghentikan serangan, dan pemuda itu kemudiannya terus rebah dan mati di tempat kejadian.
Beliau berkata Abdul Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), dan keadaannya stabil.
Katanya mayat pemuda itu dihantar ke HTSJ untuk bedah siasat, dan polis percaya pemuda itu mungkin mempunyai sejarah gangguan mental. - Bernama

No comments:
Post a Comment