20 February 2011

Mat Sembab dah hilang punca


Muhyiddin hilang punca di Sarawak — Faekah Husin

February 20, 2011 — Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin kepada rakyat Sarawak baru-baru ini menampakkan beliau telah hilang punca akan cara terbaik untuk modal kempen sempena pilihanraya negeri yang dijangka tidak sampai 2 bulan dari sekarang. Sekonyong-konyong Selangor dijadikan sasaran dan modal untuk menakut-nakutkan rakyat Sarawak.

Muhyiddin sepatutnya lebih mendengar rintihan rakyat Sarawak yang ditekan secara berterusan oleh pemimpin diktator tidak kurang dari 30 tahun lamanya. Muhyiddin sepatutnya cuba meyakinkan rakyat Sarawak bahawa BN di bawah pimpinannya akan mampu menyelesaikan tanah adat yang menjadi isu utama sejak beberapa dekad lalu. Muhyiddin sepatutnya berusaha supaya rakyat Sarawak percaya yang Taib Mahmud tidak akan lagi memimpin Sarawak. Sekurang-kurangnya Muhyiddin sepatutnya mampu menunjukkan kepada Taib Mahmud bahawa beliau adalah liabiliti kepada BN Sarawak dan berundur.

Di sini kegagalan nyata Muhyidin. Telah menjadi rahsia umum Taib Mahmud adalah bebanan besar yang perlu ditanggung BN Sarawak yang akan turut merentap kejatuhan Putrajaya. Selaku Timbalan Pengerusi BN pusat, Muhyiddin hilang punca di Sarawak. Demi melindungi kegagalan beliau dan kelemahan pentadbiran pusat menangani isu kekebalan Taib, Selangor pula dijadikan sasaran.

Untuk pengetahuan Muhyiddin ketika beliau sibuk melawat Sarawak; dan cuba memberi gula-gula basi BN, sekumpulan rakyat Miri yang bosan dengan penipuan telah datang ke pejabat KEADILAN di Petaling Jaya dengan membawakan memorandum rakyat Miri berkenaan tanah adat yang telah puluhan tahun dimanipulasi pemerintah Sarawak. Meskipun Timbalan Perdana Menteri berada di Sarawak namun warga Ulu Niah NCR Oil Palm Project telah memilih menemui KEADILAN kerana mereka tahu Muhyidin tidak mampu menyuarakan hasrat mereka di hadapan Taib Mahmud dan pihak-pihak terlibat. - seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive