Atas urusan syarikat, selepas setahun, tiba lagi aku ke bandar kecil pantai timur Sabah iaitu Lahad Datu.
Tidak banyak perubahan yang aku dapati jika dibandingkan setahun yang lalu. Cuma sebuah komplek belibelah baru sedang dibina bersebelah hotel tempat aku menginap - Executive Hotel . Disebabkan kesibukan kerja, walaupun aku tiba di sini pada 1Feb yang lalu, menghalang aku dari keluar memerhatikan pergerakan hidup seharian penduduk sini.
Cuti Thn Baru Cina memberi kesempatan pada aku untuk 'meronda' .... dan ini lah sebahagian yang aku dapat melihat .. ternya tidak banyak berubah dari segi penghidupan mereka ...
Perahu kecil digunakan untuk membawa penduduk di pulau seberang untuk ke bandar Lahad Datu Haha yang ini menarik ... menjual rokok seludup ... ada brand Astro ...
Masih terdapat ramai peniaga-peniaga Filipina (pendatang haram katanya) mengambil kesempatan berniaga rokok. Sederet makcik-makcik ini menyimpan barangan jualan masing-masing apabila mendapati aku menfokuskan kamera aku ke arah mereka.
Selepas aku ronda-ronda, seorang sahabat (yg baru aku kenali - pengikut 'mimpi senja') menjemput aku untuk makan tengahari. Dia berpesan pada aku, jgn cakap apa-apa pasal blog, pakatan rakyat atau pembangkang kerana orang yang hendak kami temui adalah seorang Ketua Cawangan Umno .... hahaha., aku kata boleh lah kita korek2 rahsia dari dia ...
sah .... nanti kalau ada kelapangan akan aku muatkan di sini bagaimana seorang Ketua Cawangan Umno menghentam Umno ...
Aku balik hotel tersenyum sorang-sorang ... beginilah nasib Umno di Sabah sebenarnya ....

1 comment:
yes..keluar juga tpt aku dlm blog org s'jung klu lama sikit tinggal d LD ni tahulah citer sebenar, :)
Post a Comment