09 February 2011

Ops Lalang : Mahathir Penipu - Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berbohong apabila beliau menuding jari kepada polis sebagai pihak bertanggungjawab dalam Operasi Lalang 1987.

Demikian kata Ahli Jawatankuas PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengulas kenyataan Mahathir di dalam buku tulisan Tom Plate, ‘Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad’.

Dalam buku tersebut, Mahathir mendakwa beliau pada asalnya bercadang menangani Operasi Lalang dengan cara berbeza.

Malangnya, kata Mahathir, polis bertegas meneruskan penangkapan sedangkan beliau sendiri sebelumnya menemui pemimpin pembangkang memberi jaminan mereka tidak akan ditangkap.

Mengulas lebih lanjut, Mohamad Sabu, yang turut ditahan dalam operasi tersebut, mempersoalkan jika benar penangkapan tersebut dilakukan menurut kehendak polis, mengapakah beberapa ahli politik daripada Barisan Nasional terkecuali daripada ditahan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Umno pada masa itu bertempat di Stadium TPCA, Kampung Baru menyeru orang Melayu supaya membasahkan keris dengan darah orang Cina.

“Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pula berpesan kepada orang Melayu agar ke Kuala Lumpur dengan membawa senjata sekurang-kurangnya mancis api.

“Lee Kim Sai pula pada masa tersebut menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina.

“Kesemua mereka tidak pula ditahan semasa Operasi Lalang,” kata Mohamad Sabu.

Tambahnya lagi, penahanan yang dibuat sewaktu Operasi Lalang tersebut sebenarnya berdasarkan satu senarai yang disediakan oleh orang politik.

“Sebelum operasi tersebut dijalankan, Mahathir mengarahkan Najib ke Jakarta, Lee Kim Sai ke Australia sementara Shahidan tidak pula ditahan,” kata Mohamad Sabu.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menafikan Mahathir menemui mana-mana pemimpin pembangkang sebelum operasi tersebut dijalankan.

Sedangkan katanya, lebih setahun selepas ditahan, Mahathir sendiri pernah berkata bahawa penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah wajar.

“Saya tak pernah bertemu Mahathir dan dia sendiri tak pernah memberi jaminan saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang 1987.

“Saya minta dia namakan pemimpin pembangkang yang dia kata dia jumpa!” kata Kit Siang.

Operasi Lalang dilaksanakan pada 27 Oktober 1987 oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia.

Ia menyaksikan 106 orang ditangkap dan ditahan di bawah ISA terutamanya ahli politik parti pembangkang.

Peristiwa tersebut juga menyaksikan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

2 comments:

Anonymous said...

Bhai,

1/2

1. Tindakan TDM mengeluarkan buku mengenai operasi lalang adalah satu tindakan bijak beliau bagi melindungi dirinya etelah beliau tiada apabila sejarah dimasa hadapan membuat penilaian terhadap pencapaiannya.

2. Agaknya beliau mulai risau dan boleh mengagak bagaimanakah sejarah akan menilai dan menghukumnya nanti. Perasaan ini tentunya sedang menghantuinya.

3. Tindakannya mengeluarkan buku yang memutar belit fakta ini bukan untuk masa kini tetapi beliau mahu ianya menjadi rujukan sejarah nanti bagi mempertahankan dirinya apabila dia sudah tiada. Bijakkan.

4. Sebelum ini beliau cuba tektik yang sama dalam isu pemecatan Tun salleh Abas. Izinkan saya ceritakan buat tatapan anak-anak muda yang memuja TDM sebagai tuhan sedangkan mereka masih kecil atau belum lahir lagi semasa peristiwa itu.

5. Tun Salleh Abas dengan kerjasama En. Das ( arwah) telah menulis dua buah buku mengenai pemecatannya: May Day dalam bahasa Inggeris dan sebuah lagi dalam bahasa melayu.

Tujuan beliau menulis buku-buku tersebut bukan untuk melawan TDM, kerana TDM terlalu powerful masa itu. Tetapi sebagai satu dokumen sejarah untuk generasi akan datang, versi beliau bagaimana pemecatan beliau yang zalim itu.

5. Menyedari hasrat Tun salleh Abas tersebut, TDM telah mengupah seorang Peguam Diraja (QC) dari New Zealand untuk menulis sebuah buku melawan buku-buku Tun Salleh abas tersebut.

6. Menyedari bagaimana QC itu memutarbelit fakta-fakta kes pemecatan itu untuk menunjukkan TDM baik, En. Das telah menulis sebuah buku khas mengulas dan menghancurkan fakta-fakta sonsang QC tersebut satu demi satu.

7.Buku ini juga bertujuan agar TDM tidak dapat memutarbelit fakta sejarah mengenai pemecatan Tun salleh abas sebagai Ketua hakim Negara.

bat8

Anonymous said...

2/2

7. dalam isu memutar belit fakta operasi lalang ini, sebuah buku yang memperbetulkan satu demi satu fakta yang diputarbelit oleh TDM perlu dibuat.

mungkin Dr Kua Siong boleh menulis buku tersebut. Buku ini perlu ditulis sebagai dokumen sejarah untuk generasi akan datang agar tidak tertipu dengan buku TDM ini.

8. mengapa saya rasa ini penting - kerana saya hidup sebagai seorang mahasiswa pada masa masa pemecatan Ketua haki Negara masa itu dan membaca dan menyimpan ketiga-tiga buku yang saya sebutkan diatas.

bat8

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive