22 February 2011

Sidang akhbar PEKIDA ancam keselamatan negara?

Berdasarkan SMS yang diterima ia mungkin boleh mengancam keselamatan negara.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bahagian Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan sidang akhbarnya pada saat akhir atas alasan boleh memberi ancaman terhadap keselamatan negara.

“Pihak atasan terpaksa membatalkan sidang akhbar kerana ia boleh jadi ancaman terhadap keselamatan negara,” kata Dato’ Paduka Yang Di Pertua Ayahanda Roslan Dahman ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Tambahnya lagi, ‘pihak atasan’ tidak membenarkan sidang akhbar tersebut diadakan pada hari ini.

Pihak atasan adalah dipercayai merujuk kepada pihak polis dan kepimpinan tertinggi Pekida.

FMT sebelum ini menerima SMS perihal sidang akhbar ini pada hari Sabtu.

Berdasarkan SMS yang diterima FMT percaya bahawa isu yang akan ditimbulkan adalah berkaitan dakwaan individu tertentu mewakili Kesultanan Sulu.

Menurut individu yang menghantar SMS, agama Islam di Sulu telah dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah.

SMS itu berbunyi: “Sidang Akhbar Perdana Menteri Sulu berkenaan agama Islam Sulu telah dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah terhadap Kesultanan Sulu - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive