24 February 2011

TGNA umum calon Pakatan untuk PRK Kerdau

AHa Hasanuddin Salim (Foto : Twitpix YB Fuziah)

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Pemuda PAS Pahang, Hasanuddin Salim, 43, dipilih mewakili parti PAS bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di markas induk parti itu di Kerdau, Khamis malam.

Hasanuddin yang berasal dari Kampung Loyang di sini bakal berhadapan dengan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti.

"Ini adalah amanah yang cukup berat, tetapi insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DUN Kerdau ini akan dirampas oleh PAS.

"Walaupun amanah ini cukup berat, tetapi dengan kekuatan dan iltizam, kita akan bekerja dengan baik untuk rampas DUN Kerdau ini." katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon PAS di sini.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada Sabtu ini -mStar

SEMENTARA ITU DI MELAKA , PAS memilih Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah sebagai calon Pakatan Rakyat PRK Dun Merlimau 6 Mac nanti.

Penamaan calon bagi kedua-dua PRK akan di adakan pada Sabtu 26 Feb nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive