12 March 2011

Mazlan - Maslan nak debat 3 hari 3 malam ... menarik ni hahaha


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman semalam menyerahkan surat kesediaan berdialog isu felda dengan Datuk Ahmad Maslan.

Surat itu diserahkan wakilnya Razman Zakaria yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah negeri Pahang kepada setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, di Ibupejabat Felda, Jalan Semarak di sini.

Surat tersebut sebagai menjawab cabaran Ahmad yang sebelum ini mengajak Mazlan berdebat ketika berkempen pada pilihan raya kecil Kerdau.

"Saya telah mengemukakan dua kali cabaran debat kepada Datuk (Ahmad Mazlan) pada 17 Julai 2010 di Lobi Parlimen dan pada 25 Januari 2011 di Tenang, Johor. Kedua-duanya ditolak dengan pelbagai alasan.

"Dalam kempen PRK Kerdau, Datuk mencabar saya berdialog dan menuduh saya takut dan melakukan pembohongan.

"Sayugia diperjelaskan, saya hanya takut kepada Allah dan tiada sebab untuk saya takut kepada manusia. Saya bersedia berdebat atau berdialog dengan sesiapa sahaja demi kebenaran," kata Mazlan melalui surat itu.

Jelasnya lagi, penolakan beliau untuk berdebat secara tertutup dengan Ahmad sebelum ini kerana bimbang di ekspoitasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan namun untuk kali ini beliau menyatakan bersedia tanpa sebarang halangan.

"Saya menyarankan Datuk memilih mana-mana tarikh serta lokasi dalam bulan April dan saya bersama 20 Ahli Jawatankuasa Anak bersedia untuk datang.

"Ini semua saya lakukan untuk membangkitkan pelbagai persoalan yang berlegar dalam kehidupan warga Felda.

"Saya menuntut janji Datuk; tiga hari tiga malam pun boleh berdialog!," katanya mengulangi ayat yang pernah dinyatakan Ahmad sebelum ini.

Sebagai penutup pada surat itu, beliau menzahirkan harapan agar Ahmad tidak lagi menggunakan pelbagai alasan untuk menggagalkan pertemuan yang dianggap penting demi masa depan jutaan warga Felda - HD
STONE : Apa syarat dia lagi? Tak tidor ker? hahaha ... tak pa baguih juga tu, boleh juga bagi rezeki kat peniaga.
Yang pasti Pak Cik bihun sup utara mesti kena ada la dan satu lagi yang baru aku jumpa di Merlimau baru-baru ni nasi kukus burung puyuh ... sedap tu. Pukul 3 pg sekali aku makan, 7 pagi sekali ... hahaha jangan lupa mai nanti na, bukan sehari macam kat penamaan calon Merlimau hari tu, tapi 3 hari ni ... hehehe
Aku tak tau apa yang depa nak bercerita sampai 3 hari 3 malam ni ... tak pa kita tunggu saja lah, nanti depa akan bagitau tang mana dan bila.
Cuma nak pesan kat puak-puak umNO ni, ni debat antara Maslan dan Mazlan saja tau, jangan nanti bawa mai Duad Kilau ka, Fat Lady ka pulak atau Hafilda ka, kot-kot nak tarik penyokong, orang kata meramaikan majlis ... hehehe aku tunggu sangat dan nanti sanggup ambil cuti 3 hari .. kita tunggu apa respon ahmad maslan .. kalau dia tolak maknanya dia tak dak teloq ... hahaha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive