KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan sebuah agensi pengiklanan yang mengendalikan kempen “Malaysia Truly Asia” bahawa syarikat itu telah diminta memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak dengan kementerian pelancongan.
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata, bukan menjadi rahsia bagi mana-mana agensi atau kementerian mengagihkan sesuatu kontrak atau tender dengan cara yang salah seperti dakwaan terbaru terhadap kementerian itu.
“Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen boleh menafikan tetapi hakikatnya dunia tahu tentangnya. Rakyat juga tahu. Ketirisan akibat rasuah sebanyak RM28 bilion setahun bukan sesuatu yang menjadi rahsia lagi.
“Oleh sebab itu, SPRM perlu menyiasat perkara ini, kita tidak perlu pemimpin yang tidak jujur seperti ini. Wang yang di peroleh bukan milik individu tetapi wang daripada rakyat yang membayar cukai,” ujarnya.
Semalam, Pengasas dan Ketua pegawai Eksekutif ISC, Austen Zecha berkata, pihaknya membidas kenyataan Menteri Pelancongan , Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru baru ini yang mendakwa pemberian kontrak itu dilakukan secara telus.
Malah, Zecha beliau dan timbalannya telah menemui seseorang dari kementerian itu pada 19 Januari lalu supaya menawarkan Kementerian Pelancongan 50 peratus rebat atau sebahagian keuntungan daripada kontrak tersebut.
Sebagai balasan, ISC akan menerima semula kontrak Tourisme Malaysia bagi kawasan Eropah, Amerika utara dan Oceania.
“Hal ini menyebabkan ISC mengambil keputusan menarik kembali tendernya pada rabu, 26 Januari,” kata Zecha.
Katanya lagi, ISC berpendapat tindakan itu menghina kredibiliti agensi berkenaan sekali gus menambah kecurigaannya mengenai proses pemberian tender oleh Kementerian Pelancongan.
Menurutnya, agensi itu juga sebelum ini diberitahu kementerian berkenaan bahawa syarikat itu boleh meminta bil dari kementerian pelancongan sebanyak RM3 juta pada 2009 dan 2010 untuk kontrak tiga tahun di Eropah, sedangkan jumlahnya adalah RM18 juta setahun.
“Ia hanya setelah pentadbiran Menteri ini (Ng Yen Yen), sebelum ini atau semasa syarikat sebelum ini pada tahun 1970-an, 80-an dan 90-an tidak pernah pihak Kementerian membenarkan ISC atau mana-mana syarikat untuk memberi bil bagi 1 per enam dari nilai kontrak tahunan, atau sebanyak kira-kira 17 peratus.
“Jadi apa yang berlaku kepada 83 peratus lagi dari kontrak bernilai RM 18 juta pada tahun 2009 dan 2010, dan siapa yang membenarkan serta mendapat keuntungan dari komisyen dan invois bernilai RM 30 juta dalam tempoh 2 tahun ini?” tambah beliau.
Sehubungan itu katanya, pihaknya telah membuat laporan kepada SPRM supaya kes itu disiasat.
Dilaporkan, pada 15 Mac tahun lalu, Ng Yen Yen membuat laporan polis ke atas sebuah blog yang mendakwa beliau memberi kontrak untuk mempromosi produk pelancongan kepada sebuah syarikat milik rakan baik anaknya dan menggunakan keuntungan dari komisyen itu bagi berkempen untuk pemilihan MCA.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9207

STONE : Antara Kementerian yang diceritakan kuat rasuah. Mungkin akan ada orang tanya dan minta, ya ... kalau betul rasuah buat lah laporan pada SPRM. Terdiam sekejap .....
Kemudian ketawa besar .... apakah SPRM akan bawa mak cik Yen Yen? ... Tidak jawabnya.
Itu yang menjadi masalah pada kita sekarang. Segala apa laporan yang melibatkan pihak kerajaan, parti pemerintah orang umNO memang akan dibakulsampahkan baik polis SPR SPRM dan lain-lain pihak penguatkuasa. Jadi sampai bila? ....
Dengan lain perkataan orang umNO, BN kerajaan SEMUA BAIK-BAIK BELAKA.
No comments:
Post a Comment