Minggu lalu, artikel penulis yang bertajuk Lelaki Homoseksual: Senario Wajib di Kampus telah mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan pembaca. Rata-rata bersetuju dengan penulis bahawa golongan ini sememangnya wujud bak cendawan tumbuh terutama di pusat-pusat pengajian tinggi. Namun, tak kurang juga yang melatah dan melenting dengan pendedahan yang cuba penulis sampaikan. Mungkin mereka ni boleh dikategorikan ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’!
Tinggalkan si luncai dengan labu-labunya. Minggu ini penulis mahu meninjau apa pula ceritera yang berlaku terhadap golongan yang satu ini. Tak adil rasanya bila penulis hanya memusatkan masalah ini kepada kaum adam sedangkan golongan hawa juga ada yang terjebak dengan masalah yang seringkali disebut sebagai krisis identiti ini.
Tomboy, lesbian dan pengkid! Ketiga-tiganya nampak sama, namun tak serupa! Cuba menonjolkan identiti gender yang berlawanan daripada biologi, moral dan sosial kehidupan sebenar manusia, kelompok jantina ‘ketiga’ ini sebenarnya punya perbedaan jika dikaji secara dasar.
Secara ringkas, tomboy merujuk kepada golongan wanita yang berperwatakan seperti lelaki contohnya berambut pendek, sedikit kasar dan tidak keterlaluan jika dikatakan sanggup memakai bengkung di dada bagi ‘menyekat’ kehadiran aset seorang wanita!
Lesbian pula selalunya tidak menonjolkan dirinya sebagai seorang lelaki namun dalam diam mempunyai nafsu terhadap wanita lain. Paling utama berahi wanita ini langsung tidak diketahui oleh sesiapa! Mereka menerima diri sendiri sebagai seorang wanita namun menjadi abnormal apabila keinginan seksual mereka lebih terdorong kepada kaum sejenis. Jika dirujuk pada hubungan seksual lesbian, salah seorang daripada mereka akan memainkan peranan yang lebih dominan manakala seorang lagi bersifat pasif.
Pengkid! Kumpulan ini boleh disifatkan sebagai ‘ancaman’ kepada kaum lelaki di luar sana. Kelihatan seperti seorang tomboy jangan tak tahu bahawa mereka ini mempunyai ‘teman wanita istimewa’ dan paling dahsyat mereka mempunyai hawa nafsu untuk melakukan hubungan seksual yang terlarang - seterusnya

2 comments:
dari wanita untuk wanita :) tajuk yg menarik perhatian. ape yg boleh kite buat. berdoa agr tidak terjebak. n jgn lupa m'hormati mereka kerna mereka juga ciptaan Allah. :)
Setiap makhluk dijadikan Allah berpasang2an..untuk berkahwin..maka apakah pasangan bagi Tomboy serta Pengkid?KebenaranNya adalah Tomboy serta Pengkid Perempuan yg menyerupai Lelaki itu haruslah berkahwin dengan Lelaki yg menyerupai Perempuan iaitu Mak Nyah serta Pondan..Apabila mereka tidak menemui jalan yg benar maka mereka akan melakukan seX dengan kaum sejenisnya..contoh Tomboy dgn Perempuan Normal..dan apabila mereka telah berpengalaman Sex diantara Tomboy dengan Wanita Normal maka tangga kedua adalah Si Perempuan Normal itu tadi akan merasa beliau seronok apabila melakukan hubungan sejenis maka beliau akan menghasut pula Perempuan Normal yg lain utk menunjukkan Pengalaman Sex diantara Hubungan Sejenis..
Post a Comment