23 March 2011

Video sex - Semakin kacau bilau ... pening-pening ... mana 1 nak percaya pun tak tau

STONE: Iskh apa nak jadi politik M'sia. macam-macam jadinya. Fitnah memfitnah ni dah jadi asam-garam. Duit (rasuah) dah jadi barangan mainan, hari-hari kita dengar. Sex dah jadi tak salah lagi. Apa kebenda nak jadi ni? Aku tak tau nak komen apa dah ... cuma satu yang aku boleh kata ... Demi Kuasa semuanya HALAL bagi puak-puak HARAM JADAH ni.
KUALA LUMPUR, 23 Mac — Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendedahkan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul meminta “wang pelincir” RM100,000 sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatam Rakyat (PR).

Selain itu, jelas Rahim, Johari juga meminta RM1 juta bagi setiap wakil rakyat dari PKR untuk menonton video seks itu, namun ditolak.

“Kami ada tayangkan video seks itu kepada Johari dan beliau mengatakan lelaki dalam video itu adalah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan minta RM100,000 sebagai pelincir.

“Kemudian beliau minta lagi RM1 juta bagi satu kepala wakil rakyat dari PKR yang beliau bawa, antara enam hingga tujuh orang,” katanya.

Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab hari ini.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara dua hari lepas.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama Rahim di sebuah hotel di sini petang ini.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Pada sidang media yang diadakan itu, Rahim berkata bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan.

“Selepas menonton video itu, Johari mengesahkan bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar,” katanya.

Turut hadir Shazryl namun Shuib tidak hadir.

Bagaimanapun Johari pada sidang media yang diadakan tengah hari tadi mendakwa Rahim dan Shazryl cuba memujuk beliau dan ahli-ahli Parlimen PKR yang lain agar keluar dari parti itu selepas menonton rakaman itu.

Lelaki dalam video tersebut didakwa sebagai Anwar, tetapi Ketua Pembangkang itu telah pun menafikan dan membuat laporan polis semalam.

Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau dibawa oleh seorang pak cik ke Hotel Flamingo dekat Ampang petang kelmarin.

Di Hotel Flamingo, Johari berkata, beliau dibawa ke sebuah bilik di mana bertemu dengan Shazryl dan Rahim.

Selepas menonton rakaman itu, katanya, beliau telah diminta oleh Rahim agar mengaturkan sesi tontonan bagi ahli-ahli Parlimen PKR yang lain.

Pada sidang media itu, Shazryl lebih banyak mendiamkan diri, namun yakin bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar.

“Saya sedia bekerjasama dengan polis jika dipanggil memberikan keterangan kerana ia sudah jadi kes polis,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ketulenan video seks itu, Shazryl mengambil pendekatan berdiam diri, sebaliknya berkata ia akan didedahkan hanya kepada suruhanjaya diraja jika dibentuk.

Beliau juga menolak untuk memberikan video seks itu kepada polis dan akan menyerahkan kepada suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video itu yang dipertikaikan banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Kelmarin Datuk T telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Negara.

Rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Kata Shazryl, pendedahan yang dibuat itu bukan berniat untuk mengugut sesiapa termasuk Anwar.

“Bukan nak ugut atau buat duit, ini bukan soal duit tapi kebenaran.

“Kalau nak ugut lebih baik saya bawa video ini terus kepada Anwar, buat apa nak dedahkan kepada media,” katanya.

Beliau juga berkata hanya terdapat satu video.

“Hanya satu video sahaja.,” katanya.

Jelas Shazryl, beliau kini bimbang akan keselamatan selepas membuat pendedahan pada petang ini.

“Mesti saya bimbang, saya bukan dikawal oleh mana-mana pegawai keselamatan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan Shuib, kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen.

Semalam, Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Anwar 13 tahun lalu mendakwa ada 18 klip video seks dan tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive