04 April 2011

Maufakat Rakyat Anti Politik Lucah - "Maruah" ditubuh

SHAH ALAM: Pemuda Pakatan Rakyat dan 30 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membentuk gerakan yang dipanggil Muafakat Rakyat Anti Politik Lucah (Maruah).
Maruah dianggotai 30 NGO dan Pemuda Pakatan (KEADILAN, PAS dan DAP) bertujuan mengajak rakyat menolak sebarang politik lucah dan fitnah di negara ini.
Shamsul bersama pimpinan NGO dan Pemuda Pakatan yang membentuk Maruah
Antara NGO itu ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Saf Anti Fitnah (SAF), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Persatuan Bekas-bekas Imam.
Pengerusi gerakan itu, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata empat tuntutan Maruah ialah mendesak kerajaan melalui Peguam Negara dan polis mendakwa dan menahan ‘Datuk T’.
“Kami desak trio itu ditangkap dan didakwa kerana memiliki video lucah. Kedua, kami mendesak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) mendakwa individu yang terlibat melalui jenayah qazaf.
“Ini kerana kesalahan menuduh orang berzina tanpa membawa empat saksi. Ketiga, menyeru rakyat menolak politik berasaskan lucah. Keempat, mendesak institusi agama menyatakan pendirian dan fatwa berhubung tayangan video lucah itu,” katanya.
Beliau berkata, gerakan itu bercadang mengadakan perhimpunan aman besar-besaran 6 Mei depan Masjid Negara dan menyerahkan memorandum kepada mufti setiap negeri dan di peringkat kebangsaan, disusuli pemfailan kes qazaf.
Video fitnah itu didalangi trio Datuk T dan dilindungi pimpinan Umno Barisan Nasional dan bertujuan merosakkan reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10590

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive