19 April 2011

Projek "email 1Malaysia" - RM50 juta diberi pada syarikat hampir muflis

PETALING JAYA: Projek e-mel percuma melalui sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd yang bernilai RM50 juta merupakan satu lagi projek jenaka yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat di negara ini, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurutnya, projek yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan lagi bahawa usaha kerajaan menerusi Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) itu, tidak langsung mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat.
“Projek ini dimasukkan ke dalam projek utama dalam EPP di bawah ETP yang dikatakan bertujuan untuk meningkatkan dan melipatgandakan pendapatan rakyat.
“Tetapi rakyat boleh nilai sendiri bentuk projek yang ada dan ditawarkan kerajaan samada mendatangkan pulangan kepada rakyat,” ujarnya.
Selain menyifatkan projek e-mel 1Malaysia itu bukan idea yang bernas, Rafizi juga mempersoal cara kontrak tersebut diberi kepada Tricubes Bhd, yang dipercayai sebuah syarikat yang hampir muflis.
Tricubes Bhd disenarai sebagai ‘GN3 Companise’ dalam Bursa Saham Malaysia yang merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat.
Justeru itu pemberian kontrak e-mel percuma itu adalah sekadar usaha kerajaan untuk menyelamatkan syarikat berkenaan, yang hampir pasti dilakukan melalui rundingan terus.
“Kita mahu tahu bagaimana tender ini diberikan kepada sebuah syarikat yang rekod kewangannya begitu buruk.
“Projek ini memang sah kita tahu direct nego. Jadi projek nego seperti ini sudah tentu kita tahu orang di belakangnya ada hubungan yang rapat dengan kerajaan,” ujarnya.
Menurut Rafizi, rakyat di negara ini tidak memerlukan e-mel percuma tetapi apa yang lebih penting adalah kemudahan infrastruktur yang lebih baik, terutama di kawasan pedalaman.
“Kalau rakyat di kawasan pedalaman, bukan lah kerana mereka tidak ada email tetapi kerana akses internet yang tidak ada.
“Orang perlukan elektrik, bekalan air dan khidmat pendidikan yang lebih baik. RM50 juta itu sepatutnya diberi kepada sekolah-sekolah.
“Kerajaan sepatutnya lebih tumpukan liputan internet dan bukannya emel percuma,” katanya.
Hari ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.
Najib ketika merasmikan projek berkenaan berkata, penyediaan emel itu bagi membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.
Ia juga dikatakan bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.
Projek itu termasuk dalam tujuh projek baru yang diumum Najib hari ini dalam program ETP, yang sehingga kini dikatakan telah menjana pelaburan RM106.405 bilion.
Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan.


1 Malaysia email provider Tricubes at risk of delisting

KUALA LUMPUR, April 19 — Tricubes Bhd’s RM50 million contract to develop the 1 Malaysia email service could be the financial lifeline of the information technology firm which is at risk of being delisted from Bursa Malaysia as early as October 29 unless it gets its finances in order.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced today the company will provide secure email accounts for those above 18 years of age to be used for official communication with the government although many Malaysians say priority should be for utilities rather than an email account
His announcement brought focus on the little-known ACE-listed company, which triggered Bursa Malaysia Securities’ Guidance Note 3 (GN3), paragraph 2.1(f) last year when auditors “expressed a modified opinion with emphasis on Tricubes’ going concern in the latest audited financial statements for the financial year ended March 31, 2010”, according to a filing made by Tricubes on October 29, 2010.
The same filing stated: “If the Company fails to comply with any part of its obligations indicated above, Bursa Securities shall: suspend the trading of the Company’s listed securities on the next market day after 5 market days from the date of notification of suspension by Bursa Securities; and delist the Company subject to the Company’s right to appeal against the delisting under Rule 8.04(6) of the ACE LR.”
Tricubes had earlier tried and failed to get a waiver from Bursa Securities to comply with the GN3 requirements.
As a GN3 company, Tricubes has to submit and implement a regularisation plan, appoint a sponsor until it is no longer deemed a GN3 company, retain the services of a sponsor for three full financial years after the company is no longer considered a GN3 company and announce the status of its regularisation plan monthly.
Tricubes’ latest filing to Bursa Malaysia on April 1 indicates that it is still in the process of regularising its finances.
According to previous filings, there have been “no major developments” since Tricubes was declared a GN3 company, aside from its appointment of M&A Securities Sdn Bhd as sponsor on January 28.
The company was last seen in March bidding unsuccessfully for Khazanah Nasional Bhd’s 32.2 per cent stake in Pos Malaysia. It told the local bourse on April 4 that it won the contract for the 1 Malaysia email service but did not provide details.
The 1 Malaysia concept is a brainchild of Najib to bring unity among Malaysians when he took power in April 2009.
Najib disclosed today the email account will allow direct and secure communication between the public and the government, and is part of a new one-stop web portal for government services.
Najib said the portal will be developed by Tricubes and provide services such as social networking, online bill payment and citizen application development to some 16 million Malaysians.
The Malaysia Insider understands that the 1 Malaysia email service will be using software from Microsoft, the company that now owns the free Hotmail account service that has been eclipsed by another free email provider, Google Inc.
The 1 Malaysia email service is part of Najib’s Economic Transformation Programme (ETP) to achieve developed nation status by 2020. He said today the RM50 million investment will have a gross national income (GNI) impact of RM39 million up to 2015 and will enhance delivery of public services. themalaysian insider

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive