Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Menemui sekalian pengundi Sarawak budiman. Semoga kita semua berada dalam rahmat Tuhan dan bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi pilihan raya ke-10 Negeri Sarawak. Sesungguhnya Tuhan telah memberi ingatan kepada kita semua:
Maksudnya: “Pada hari manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka setiap amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (surah Al-Zalzalah, ayat 6-8)
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (surah Az-Zariyat ayat 56)
)Justeru mematuhi ingatan Allah ini, kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat, kerana ibadat itu akan mendapat pahala. Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti.
Begitu pula kita kena hendaklah percaya, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang. Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati).
Apa yang penting, kita hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman-sejahtera. Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan KeADILan adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih. Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua.
Yakinlah, mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua. Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman-sejahtera.
Oleh itu, saya berharap agar kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.Terima kasih dan tahniah kerana mengundi calon Pakatan Rakyat––PAS, DAP dan KeADILan. Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Al-Mursyidul Am PAS
9 Jamadil Awal 1432H/12 April 2011M.
Semoga pengundi Sarawak dapat mengambil sikap politik serupa pengundi Kelantan yang sudah melakukan perubahan––menolak BN/Umno sejak 21 tahun lalu. Justeru Kelantan terus Membangun Bersama Islam tanpa khilaf lagi. - PRNSARAWAK
No comments:
Post a Comment