KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Ambiga Sreenivasan, dihalang daripada memasuki Sarawak.
Ambiga, yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam memberitahu perkara itu melalui laman Twitter-nya pagi ini.
“Saya berasa sedih dan marah kerana dihalang memasuki negara sendiri tanpa diberikan alasan yang kukuh,” kata Ambiga.
Selain Ambiga, beberapa aktivis politik lain juga turut dihalang memasuki Sarawak akhir-akhir ini. Mereka adalah pensyarah politik dan juga jurucakap Bersih, Wong Chin Huat: dan penulis blog politik, Haris Ibrahim
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11507
No comments:
Post a Comment