20 May 2011

80 RIBU ahli Perkasa Demo pertahan Utusan - "Langkah mayat kami dulu ..." hahahaha

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.

"(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu,” jerit seorang penunjuk perasaan itu.

Beliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.

Mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir.

Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan.

Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.

Kira-kira 30 anggota polis juga dikerahkan mengawal keadaan kerana bimbang pemuda PKR (AMK) yang sepatutnya berhimpun di tempat yang sama menyerang Utusan.

Bagaimanapun perhimpunan AMK itu yang bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu ditunda ke tarikh baru.

Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.

Sambil menyanyikan lagu patriotik “Barisan Kita” berulang kali, anggota PERKASA dan Pemuda Umno kemudiannya bersalaman-salaman dengan pihak polis.

Selain itu, jalan di hadapan ibu pejabat tersebut turut ditutup untuk laluan orang ramai selepas solat Jumaat bagi membendung kesesakan

Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan. - malaysiakini

STONE : Sori bro, bukan 80 ribu tapi 80 org saja, tapi TT cakap dalam 50 org saja .... hahaha

4 comments:

Malaysian Epic said...

orang kalau mati kerana pertahan Islam baru la berbaloi, x baca kisah sahabat agaknya yg ada pemuda pertahan Mekah semata mata jaga maruah kaum dan bukan kerana Islam. harap dapat share link bro.

http://malaysianepic.blogspot.com/

Anonymous said...

Adalah lebih baik Perkasa mempertahan kan roti canai dan gula serta kopi supaya tidak dinaik kan,buat lah slogan langkah mayat ahli perkasa jika ingin menaik kan barang makan,kalau perkasa berani saya pun mahu serta......

PERkose said...

Langkah mayat PERKASA dulu kalau ingin menghalang UTUSAN MALAYSIA menyiarkan keputusan nombor ekor, gossip, gambar2 berahi artis..

Anonymous said...

berahim ni jenih anjing dulu pernah tersepit telah dilepaskan kemudian gigit orang yang melepaskanya dulu, sekarang cuba pertahan utusan nasi bunkus calit taik pula mungkin dia ada bau sesuatu maklumlah! jenis anjing tetap dengan tebiatnya suka makan benda berbau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive