09 May 2011

Emel 1Malaysia tak jamin keselamatan, maklumat peribadi

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia digesa supaya tidak mengguna atau melanggan khidmat Emel 1Malaysia kerana ia tidak menjamin keselamatan dan maklumat peribadi diceroboh pihak berkuasa.

Sebuah blog menyatakan, rakyat Malaysia perlu menolak perkhidmatan emel berkenaan meski ia diberi secara percuma oleh kerajaan.

“Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tinggi akibat penggunaan email 1Malaysia?,” soal penulis blog tersebut, Pian Kia Liao.

Beliau memberi sebab bahawa kemungkinan maklumat menerusi emel yang dihantar akan mudah diakses Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Sekiranya anda menggunakan Emel 1Malaysia, anda telah masuk perangkap pihak berkuasa di mana kebebasan bersuara melalui email mudah disekat. Pihak berkuasa mudah mengesan anda,” tulisnya.

Katanya lagi, emel 1Malaysia juga berkemungkinan membawa virus atau perinsian pengintip (spyware) yang mudah diserang dan mengawal komputer sewaktu pengguna melayari internet.

Pihak Umno-BN katanya, akan mudah menyebarkan alamat emel kepada blogger upahan Umno yang melakukan serangan kepada pembangkang.

“Sekiranya menggunakan email 1Malaysia, mesej dan attachment boleh/akan dijadikan bahan bukti di mahkamah. Segala maklumat peribadi tidak diberi jaminanan, mungkin akan tersebar keluar tanpa disedari oleh anda sendiri.

“Inilah peluang untuk pihak kerajaan memboroskan wang rakyat dimana Tricubes Berhad dijadikan wakil untuk menyuapkan wang cukai rakyat. Kerajaan tidak patut memboroskan wang sebanyak RM50 juta. Lebih baik wang sebanyak ini disumbang untuk menolong kaum miskin.

“Menggunakan email 1Malaysia diumpamakan sebagai masuk mulut harimau, menunggu masa untuk ditelan. Bahaya dan risikonya amat tinggi sekirannya anda adalah blogger yang menentang Umno-BN Jangan melanggan Emel 1Malaysia demi keselamatan dan ketenangan diri anda,” tulisnya.

Projek emel 1Malaysia itu sebelum diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ia dilaksanaka sebuah syarikat IT bermasalah dari sudut operasi kewangan iaitu Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang dikategori sebagai syarikat GN3 di Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, berkata, projek itu akan tetap dilancarkan Julai ini, dengan mensasarkan 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun. Agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13019

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive