30 May 2011

Gangguan seksual : Menteri letak jawatan

PARIS: Seorang menteri meletak jawatan dalam kerajaan bagi menafikan dakwaan terbabit dalam penderaan seksual, dua minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn ditahan atas tuduhan jenayah seks.

Menteri Perkhidmatan Awam, Georges Tron, didakwa mencabul kehormatan dua wanita yang bekerja ketika beliau memegang jawatan Datuk Bandar, katanya dalam surat peletakan jawatan kepada Presiden Nicolas Sarkozy bahawa dia akan membuktikan dirinya tidak bersalah. Beliau meletak jawatan selepas pendakwaraya berkata, mereka sudah menjalankan penyiasatan awal berkaitan tuduhan melakukan serangan seksual dan rogol terhadapnya. - AFP

STONE :  Ha, menteri ni letak jawatan ya .....??? hahahahaha ....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive