08 May 2011

Isu Kristian - PERKASA beri KDN 2 minggu


Oleh Syed Mu’az Syed PutraMay 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Perkasa memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat kesahihan laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendakwa penganut Kristian mahu menjadikan agama itu sebagai agama rasmi negara menggantikan Islam.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memandang serius laporan akhbar milik Umno yang bertajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat kritikan banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan kumpulan agama bukan Islam.

“Kita memandang serius perkara ini sebab ia berkaitan dengan agama dan ada kaitan dengan elemen provokasi . . . malah ia juga ada kaitan dengan soal keselamatan negara.

“Kalau benar laporan itu, kita mahu pihak yang terlibat diambil tindakan, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kalau benar pihak keselamatan jangan tunggu lama, ia mungkin akan ambil masa untuk siasat perkara ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi Perkasa.

Utusan Malaysia semalam melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Laporan muka depan dengan tajuk “Kristian agama rasmi” itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Selain memberikan tempoh dua minggu kepada KDN, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata pihaknya mahu kerajaan mengambil tindakna tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba menggugat kedudukan Islam sebagai agara rasmi.

“Kita memang memandang serius perkara ini, walaupun seorang yang terlibat tindakan juga harus diambil, kenyataan mereka (mahu jadikan Kristian agama rasmi) menyentuh kedudukan agama Islam . . . cabar agama Islam yang dinobatkan sebagai agama rasmi negara.

“Dalam tempoh dua minggu kita nak tahu, kami mahu kerajaan bertindak tegas, ini bukan isu politik, jangan jadikan ia sebagai untung rugi politik, jangan sebab mahu ambil hati tiada tindakan yang diambil . . . kami tidak akan berdiam diri sehingga tindakan diambil,” katanya sambil menambah, pihaknya akan membuat laporan polis lagi esok.

Ditanya pendirian parti politik yang seolah-olah mengambil sikap lepas tangan, Ibrahim menegaskan, sepatutnya parti-parti politik perlu melihat dari aspek keselamatan negara dan bukan “hanya mahu mendapatkan sokongan pengundi.”

“Kita tidak bermain dengan api, tapi bila ada pendedahan yang dibuat sama ada betul atau tidak polis kena siasat, macam mana nak biarkan perkara ini yang sudah didedahkan.

“Pendirian parti politik hanya menjaga kepentingan parti, mereka tidak akan ambil sikap dari segi undi yang mereka boleh dapat pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Tambah Ibrahim, sekiranya laporan Utusan Malaysia yang dipetik daripada beberapa blog itu tidak benar, tindakan harus diambil terhadap blogger yang menyiarkan laporan palsu.

“Isu keselamatan tak boleh lepas tangan, saya harap kerajaan telus dan bertindak dengan cepat, bila hina Islam tiada sesiapa yang nak bela, bila kita bertindak kata kita rasis, perkauman, Perkasa bukan apoligetik,” katanya - TMI

3 comments:

otaistillkick said...

KDN nak siasat ..... entah lah ...yang mengaku tayang video lucah pun masih selamba bangga....

Anonymous said...

Tak payah la nak menyalak banyak2 Brahim.Cukup lah dengan mainan UMNO dan Utusan MELOYA tu.Orang Islam masih ada senjata yang belum digunakan...iaitu JIHAT FISABILLILLAH.Kami tidak gentar itu semua kalau ianya benar terjadi.Yang aku rasa takut ialah UMNO...terkencing agaknya kalau betul terjadi.Tapi...bagi ku itu semua cuma nak takut2kan MELAYU... supaya menyokong UMNO tak lebih dari itu.

MDS TECH SOLUTIONS said...

Beberapa kawan yg aku tanya masing2 seperti hilang kepercayaan kepada PDRM utk menyiasat dengan bebas dan telus. Apa taknya? jenayah terus terang dibuat dan saksi dan bukti juga mencukupi.. tapi masih tiada pendakwaan.. apa PDRM dah takde telor ke?

danisanin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive