18 May 2011

Kenapa klip video seks ‘Anwar’ diragui?

K Pragalath | May 18, 2011
Ahli MPP PKR Fariz Musa kemuka 50 dalil untuk menjelaskannya.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Fariz Musa mendedahkan 50 dalil dalam blog beliau kenapa klip rakaman adegan seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diragui.

Klip seks ini mula–mula timbul ekoran usaha trio Datuk ‘T’ mempertontonkannya kepada para wartawan di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada penghujung Mac lalu.

Datuk ‘T’ merujuk kepada mantan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, mantan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Fariz, antara lain, mempersoalkan perkara berikut sebagai dalil untuk meragui klip itu membabitkan Anwar.

“Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak pengemasan hotel akan masuk ke dalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan ‘check out’.

Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV – sepatutnya pihak pengemasan hotel yang nampak dulu dan melaporkannya kepada pengurusan hotel.

“Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

‘Modus operandi’

“CheguBard meyakini kumpulan ini besar serta mendapat perlindungan istimewa kerana ‘modus operandi’ ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.

Nama penyewa bilik tempat menonton dan mendaftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

“Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Polis cuma nyatakan video seks tulen bukan pelakonnya tulen.

“Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut terlibat, ini bukti dendam lama terhadap Anwar. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa Anwar mengadakan hubungan seks dengan empat orang pelacur.

“Ketiga-tiga Datuk ‘T’ ini berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini.

PKR telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Najib memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

“Datuk ‘T’ sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk ‘T’. Inilah konspirasi tertinggi namanya,” jelas Fariz yang juga bekas timbalan ketua AMK Pusatm- FMT

1 comment:

Anonymous said...

ada menteri.... tipu rakyat
ada polis.... tipu penguatkuasaan
ada hakim..... menipu juga ikut arahan menteri..
sprm... huh memang dari dulu menipu eje
anti rasuah... pendakwaan terpilih.. menipu juga tu
peguam negara.... alahai... penipu tahap 1 tu...

jawapan kepada semua ni.... reformasi.... rakyat bangkit lawan tetap lawan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive