17 May 2011

Kes liwat DSAI ujian buat Pakatan Rakyat

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin gabungan parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat menjadi ujian terhadap kesabaran gabungan itu menghadapi tekanan hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Pagi tadi hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Anwar membela diri dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perkembangan yang dijangka ini meningkatkan kebimbangan pihak yang menyokong kuat kepimpinan Anwar dalam PR dan melihat tidak ada calon lain yang berkemampuan seperti pemimpin berusia 63 tahun itu.

Pihak yang menyokong kuat Anwar melihat pemimpin-pemimpin lain dalam PR terutama pemimpin parti terbesar gabungan itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengetuai PAS sebagai tidak mempunyai kelayakan yang cukup dan tidak popular.

Ramai daripada kalangan itu menyifatkan PR akan berdepan masalah besar kekosongan kepimpinan yang boleh menjadi penyatu antara PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP sekiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara.

Ada kalangan dalam dan luar PAS menggesa parti itu mengambil kesempatan menguasai kepimpinan PR ekoran masalah yang dihadapi Anwar.

Wujud juga kebimbangan sesetengah pihak akan mendorong PAS meninggalkan PR ekoran masalah yang dicetuskan isu video seks dikaitkan dengan Anwar dan kes liwat yang dihadapi kini.

Ketiadaan Anwar mampu memberi kesan negatif yang besar terutama kepada parti dipimpin tokoh itu, iaitu PKR yang tidak dapat dipisahkan daripada bekas timbalan perdana menteri itu.

Isu kepimpinan Anwar merupakan satu isu yang sangat divisif dalam PAS, yang menyaksikan pertembungan golongan dikuasai ulama dengan Erdogan yang pro-Anwar.

Perkembangan ini menjadikan usaha kumpulan Erdogan dalam PAS untuk menguasai kepimpinan parti dan menjadi lebih vokal menjadi lebih penting untuk agenda tersebut, terutama disebabkan penentangan dan rasa kurang senang yang kuat dalam parti Islam itu terhadap Anwar, lebih-lebih lagi selepas timbul rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan beliau.

Sebelum ini, muncul kenyataan terbuka dari kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang menuntut penilaian semula persetujuan PR memilih Anwar sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan pusat.

Ekoran pelbagai masalah yang menimpa Anwar, ada kalangan yang menggesa beliau mengundur diri daripada peranannya sebagai pemimpin pada masa ini untuk meredakan serangan Umno dan Barisan Nasional terhadap PR.

PAS menjadi parti yang paling jelas menunjukkan sikap tidak menyokong dan mempertahankan Anwar sepenuhnya ekoran muncul kes video seks, apabila ada pemimpin membuat kenyataan yang tidak membela Anwar dan menyerahkan kepada siasatan pihak berkuasa - Siasah Daily

1 comment:

leekonyou said...

DSAI ujian DNA CAM NA?sonyop ajo?sumpah camno? sonyop jugo?sampai dalam VDO DSAI pong sonyop AJO?tatak bunyi tatak sombong lo.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive