07 May 2011

Malaysia negara Kristian - HIshamudin kata dalam Berita Harian

Agenda bincang Kristian jadi agama rasmi dipandang amat serius: Hishammuddin

2011/05/07

KUALA TERENGGANU: Kerajaan melihat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan kristian sebagai agama rasmi persekutuan sekali gus melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu adalah sesuatu yang amat serius.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata apa juga tindakan daripada satu agama akan mengundang reaksi daripada agama lain. Sehubungan itu katanya, pihak yan terbabit menganjurkan perjumpaan itu haruslah bertanggunjawab termasuk terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang

Putar belit isu agama rasmi, Utusan melampau


KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila mmemainkan isu agama rasmi di Malaysia.

Mengikut nota admin blog Datuk Seri Anwar Ibrahim, Utusan dengan mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta mengelirukan rakyat.

“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

“Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid Umno’ sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.

“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” tulis nota itu lagi.

Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin  Perlembagaan,” kata penyataan itu.

Penyataan itu ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12946

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive