30 July 2011

15 ribu Belia sambut Najib di Pendang ... Depa kira sekali dengan kerusi lepas tu kali 3 ... hahahaha

oleh Mat Kering Bakaq Bata

MK takjub dengan kehadiran 15,000 belia 1 Malaysia di Pendang menyambut kedatangan Najib haritu. Sebabnya himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di KL 9 Julai lalu berjaya menghimpunkan seramai 6,000 orang (mengikut laporan media-media pecacai UMCO).

MK tengok semua video Bersih 2.0 berkali-kali, semua yang mana depa upload dalam internet MK tengok satu persatu, jumlahnya terlalulah amat ramai, tetapi MK tak mahu nak bantah jumlah 6,000 yang dilaporkan itu. Maknanya MK terimalah bahawa semua yang berkumpul di KL sampai tak nampak penghujung lautan manusia tu jumlahny 6,000.

Apabila media yang sama laporkan jumlah pemuda UMNO yang berhimpun di Pendang ialah 15,000.. lebih dua kali ganda dari himpunan Bersih 2.0, maka terbayanglah ramainya manusia yang berhimpun di Pendang tu...dari Kota Sarang Semut hingga ke Titi Haji Deris pakat bersesak-sesak, berhimpit-himpit orang ramai dalam himpunan bersama Najib tu.

Untuk kepastian MK rujuk pada sorang rakan yang tinggal berhampiran pekan Pendang. "Tuihh 15 ribu.. kalau ada 5 ribu pun ramai," jerkah kawan MK. Beberapa fakta yang kawan MK dedahkan:

1. Belia yang pi dijanjikan RM15 dan sehelai T-shirt, malangnya bukan semua dapat cukup RM15... ada yang dapat cuma RM5, broker sapu RM10..

2. Bukan semua belia.. ramai yang tua, veteran.. habih semua UMNO kerah makcik-makcik dan pakcik-pakcik mai berhimpun. Kesian kepada warga emas yang tidak berdosa itu menjadi mangsa kerahan tenaga UMNO Bahagian.

3. Khemah Marquee tent yang disediakan penganjur cuma untuk 3,000 orang, malangnya masih ada kerusi tidak berisi.. kok mana mai 15,000??? Agaknya depa kira sekali dengan kerusi lepas tu kali tiga.. kah kah kah ini dah kira lawak antarabangsa.

Tak apalah.. kita jangan kutuk UMNO teruk sangat dekat-dekat nak masuk posa ni. Biag pilah depa syok sendiri, pasang angan-angan nak tawan semula Kedah. Akhirnya Kedah tak tertawan, Pusat PR tawan.. depa jadi tak ketahawan.- Kedah La

Posted by PASPB at 8:17 AM

4 comments:

hussain said...

bab2 kira orang,,jangan dok suruh polis pi kira,,,,yang no 1 depa pun tak reti nak kira,,,apatah lagi,,belaan2 di bawahnya...sendiri mau ingat laa,,klu dah no 1 dah jadi tukang salak dan tukang gigit,,,yg bawah2 tu,,,sendiri komen lah,,,puak2 ni lah yg dok gadai maruah org melayu kt tokeh2 judi dan maksiat,,,depa ingat kad kuasa depa turun dari langit,,,,biaq pi,,,jadilah pencacai2 supaya majikan umno lempaq makanan special,,,,saralah anak bini hampa dgn duit2 ikhlas tokeh2 yg dok bayaq bulan dan upah sepak terajang bangsa sendiri.nak sorok apalagi pasai kelaku hampa.cuba tanya diri sendiri,layakkah hampa dipanggil insan,atau memang sesuai ngan gelaran sekarang..ALLAH dah buang sifat malu hampa,,,,

ikhlas menegur said...

uiiiihhhh hang pa jgn kutuk....aku tau la ghamai....aku pi kira sendiri hari tu.....memang ghamai....mula mula aku kira ada dlm 20 ghibu kut mcm mamak kira nasi kandaq la.....lepas tu aku kira sekali lagi...aikkk makin kurang plak jadi 15 ghibu.....pas tu aku tak puas hati aku kira lagi....kira punya kira campoq pi campoq mai.....kira sekali ngan geng katak yg tak jadi mengamuk kat KL masa bersih ada lah dlm 3 ghibu org....tu termasuk kes yg kena paksa........geng tu juga la yg turun mentekedarah kat guaq cempedak.........kalau tak percaya tanya man bedul.....tak pun rozai....

kalamnurani said...

mengelopoq najib bila tengok yang pi tu ramai sangat campur tolak belia warga emas

JAKA said...

umno memang bodoh matematik. itu sebab hilang berbillion tak rasa apa2. rosmah beli cincin gelang tak rasa apa2.

mahathir buat matematik dlm inggeris..lagi hancurlah melayu umno.

melayu PR sudah berubah dan setanding dgn bangsa2 lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive