30 July 2011

Apa perbezaan di antara Model Baru Ekonomi (MBE) kerajaan BN dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat?

oleh Nigel Aw

Apa perbezaan di antara Model Baru Ekonomi (MBE) kerajaan BN dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat?

“Kemahuan politik (political will),” kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli dalam panel diskusi perbincangan Persidangan Pemimpin Pelajar ke-5 di Kuala Lumpur.

Katanya, besar kemungkinan Pakatan akan mengekalkan sesetengah elemen dalam MBE jika gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya kerana kedua-dua rancangan itu mempunyai persamaan.

Menurut Rafizi, tindakan itu termasuk mengekalkan perkhidmatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala - yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib razak untuk melaksanakan pembaharuan ekonominya.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Pakatan, tetapi saya pasti jika kita berjaya ke Putrajaya, besar kemungkinan Idris Jala akan kekal di mana beliau berada,” katanya.

Namun, Rafizi menegaskan apa yang membezakan BN dan Pakatan ialah 'kemahuan politik' membawa perubahaan meskipun kepentingan parti masing-masing mungkin terjejas.

“Sebahagian besar prinsip asas MBE hampir sama (dengan Buku Jingga) tetapi ia bergantung kepada sama ada sesuatu kerajaan itu mempunyai kemahuan politik untuk merungkaikan perjanjian (yang berat sebelah dengan sektor swasta),” kata Rafizi.

Idris, yang juga menjadi ahli panel diskusi itu menyapa komen Rafizi dengan mengukirkan sebuah senyuman.

"Terima kasih, (sekurang-kurangnya) kita ada satu perjanjian di sini,” katanya.

Forum bertajuk 'Menjana Malaysia Ke Hadapan Melalui Program Transformasi' ini juga menyaksikan pertikaman lidah dan suasana hangat membabitkan Idris, Rafizi dan ahli parlimen PJ Utara Tony Pua berhubung apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi melepasi perangkap menjadi negara penduduk berpendapatan sederhana.

Ahli panel keempat diskusi ini adalah ahli jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker.

Pua (kiri) juga melahirkan sentimen yang sama dengan berkata program pembaharuan BN pada dasarnya baik, tetapi kerajaan seringkali gagal memastikan pelaksanaanya.

"Dokumen adalah hampir sama tetapi bezanya adalah kemahuan politik. Tanapa kemahuan politik, semua dokumen tidak berguna. Sebagai contoh, konsep 1Malaysia dalam GTP (Government Transformation Programme), saya pasti 99 peratus mereka di dalam bilik ini menerima konsepnya.

“Tetapi apabila kita mempunyai pemimpin kanan negara seperti timablan perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berkata beliau mendahulukan bangsanya sebelum sebagai rakyat Malaysia, maka semua itu menjadi bercanggah. Ahli politik mesti mempercayai polisi yang digubal mereka sendiri jika mereka mahu melaksanakannya,” kata Pua. - Malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive