KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.
Katanya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.
Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.
“DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapatlah dielakkan
2 comments:
takziah untuk keluarga mangsa,terima kasih kerajaan P.Pinang perihatin dengan nasib yang menimpa mangsa.Munkin kementerian kebajikan masyarakat boleh memberi bantuan lebih banyak dari kerajaan P.Pinang.jangan la beri bantuan cuma RM300 seorang.sedangkan masa mengundi di Johor.melaka dan pahang boleh habis berjuta ringgit.
Nah, padri besar (?) pulau pinang dah hulur bantuan mangsa tanah runtuh. Melayu yang menuduhnya padri besar tu bersama chin peng, lee kuan yu, dah hulur berapa? Cina pp tu hatinya lebih mulia dari melayu sana tu. pencen kjn.
Post a Comment