22 May 2011

GEMPAR : 120,000 Pemuda Umno tak boleh mengundi ... hahaha

2011/05/22

GEORGETOWN: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti. "Kami belum cadangkan sebarang bentuk hukuman atau tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi, namun hakikatnya ialah mereka yang belum mendaftar ini adalah satu kerugian yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Khairy berkata, setakat ini Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai 600,000 ahli dan 120,000 didapati tidak mendaftar sebagai pemilih.

Katanya, Pemuda UMNO Perak berjaya mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata, semua ahli parti haruslah meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan diri atau puak dalam parti kerana tidak ada maknanya seseorang itu berebut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin dalam parti sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya. - BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

dosa politik x pe jgn dosa pd Allah sbb segala2nya dtg dari Allah swt jd hbungan yg baik dan bersangka baik dgn Allah wajib di lakukan tp kalau dosa politik dgn parti politik boleh belah lah

mohd salleh said...

tahu kenapa, orang2 muda masuk umno bukan kerana nak sokong umno supaya terus berkuasa, yang penting bagi mereka nak projek, nak peruntukan, nak jessi bola..lepas tu lantak kau lah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive