Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
Kenaikkan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara ini dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.
Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.
Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. - malaysiakini
2 comments:
Tak tau pun minyak ron97 naik harga tengah malam tadi. RM2.90??? mahalnya. Rakyat Malaysia di anaktirikan....Thumbs up!...
hehheh....1MALAYSIA..rakyat di utamakan .....beli minyak mahal...pemimpin pakai kereta, minyak rakyat bayar.....rakyat pakai kereta ....rakyat bayar laaaa....itu di katakan rakyat di utamakan dulu kena bayar...ahhahah
Post a Comment