03 May 2011

Video seks : Ujian poligraf fidak masuk akal - Surendran

KUALA LUMPUR: Pelawaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar bersama-sama mengambil ujian poligraf adalah satu lagi taktik sensasi dan usaha terdesak menarik sokongan orang ramai.

Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam kenyataan medianya hari ini yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak masuk akal.

Menurutnya, pelawaan itu juga tidak logik sama sekali dan Anwar juga tidak perlu mengambil ujian berbohong itu kerana pemeriksaan imej lelaki dalam video fitnah jelas menunjukkan ia bukan Anwar.

“Tiada keperluan untuk Anwar mengambil ujian itu. Perbezaan fizikal di antara Anwar dan pelakon video itu amat ketara. Di kala bukti jelas menunjukkan ia bukan Anwar, apa perlunya ujian mengesan pembohongan?” kata Surendran.

Shazryl semalam mempelawa Anwar turut menjalani ujian poligraf bersama beliau untuk membuktikan siapa yang berbohong dalam kes video seks fitnah.

Ia dilakukan selepas tindakannya mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al As Jummat lepas mendapat kecaman hebat dari kebanyakan ulama tersohor tanah air.

Dalam kenyataan yang sama, Surendran turut mengecam tindakan polis dan kerajaan Barisan Nasional yang berdiam diri terhadap pengedaran video seks fitnah itu yang sudah mula dihantar melalui pos kepada sebahagian individu tertentu di seluruh negara. “BN perlu menghentikan politik kotor dan jijik ini dengan segera,” kata Surendran.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12674

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive