29 June 2011

DSAI nafi BERSIH 2.0 ada kaitan dengan anasir asing

KLANG - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa perhimpunan yang disokong Pembangkang pada 9 Julai ini tiada kaitan dengan anasir asing mahu pun komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

 Menurutnya, tuduhan-tuduhan tersebut sengaja direkayasa untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada menyertai perhimpunan itu, katanya merujuk kepada kenyataan polis berhubung penahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan bahan berunsur komunis, dan dakwaan penulis blog bahawa perhimpunan itu disokong badan-badan bukan kerajaan antarabangsa tajaan Yahudi Zionis.

 "Ini ada yang kata jadi komunis, pemberontak, menentang Agong, pembiayaan dana asing, semuanya nak alihkan pandangan.


"Pertamanya, kita tuntut pilihan raya yang bersih. Keduanya perhimpunan aman, jadi izinkan laluan untuk orang rasa (sertai perhimpunan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapannya pada Wacana Ekonomi: 'Integriti Penjawat Awam' anjuran Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di sini, hari ini.

 Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menafikan dakwaan yang mengatakan ada kumpulan tertentu yang menyokong perhimpunan haram itu cuba menghidupkan ideologi berunsur komunis.

 "Perhimpunan anjuran Bersih ini terdiri daripada pejuang demokrasi dan bukan melibatkan komunis. Komunis bukan demokrasi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Shah Alam.

 Abdul Khalid juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM15,000 kepada penganjur perhimpunan haram itu untuk mengedar risalah bagi menerangkan kepada orang ramai tujuan perhimpunan tanpa permit itu diadakan.

1 comment:

Hamdan Rukun said...

HANG NI APA BENDALAH NUAR ? AMBIGA KATA ADA TERIMA DUIT DARI AMERIKA, HANG KATA TAK DAK. YANG MANA BETOI NI ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive