15 June 2011

Kartunis Zunar saman kerajaan Najib

Pelukis kartun dan satira Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih popular dengan nama Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berhubung tahanannya tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Zunar menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya. Beliau menamakan pegawai yang menahannya Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Zunar, ditahan beberapa jam sebelum pelancaran buku terbarunya "Cartoon-O-Phobia" pada 24 September tahun lalu.

Polis juga menyerbu dan menggelidah pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd, di Brickfields dan merampas 66 salinan buku itu.

Berikutan kejadian itu, polis juga menyerbu dua kilang percetakkan di Puchong dan juga pejabat penerbit buku berkenaan Mkini Dotcom Sdn Bhd. - mkini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive