SEBELUM ini ada banyak pihak mendakwa, bisnes yang dijalankan oleh artis AC Mizal melalui AC Konsortium Sdn.Bhd. banyak mengambil kesempatan dan menindas orang ramai.
Menjual gelang magnet dengan harga ‘super’ lumayan, menjanjikan pulangan tidak masuk akal kepada pelabur dan macam-macam janji lagi, AC Konsortium dikatakan mengaut untung melalui cara yang tidak sepatutnya.
Bagaimanapun AC dengan sekeras-kerasnya menafikan tanggapan itu dan kekal dengan pendiriannya. Menurut AC, dia menjalankan bisnes untuk membantu orang Melayu. Kata AC, dia tidak mahu kaya seorang diri sebaliknya bersama-sama dengan pihak lain memperoleh kekayaan.
Malah, di belakang pengacara Maharaja Lawak itu, ada beberapa artis muda yang sanggup mempertahankan majikannya.
Artis-artis ini dengan penuh lantang dan berani mempertikaikan pihak yang membuat tuduhan dan menganggap ia berpunca daripada sifat dengki khianat.
Enam artis yang pernah bernaung di bawah ACK itu adalah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim.
Tetapi itu beberapa bulan yang lalu. Jika sebelum ini enam selebriti ini bermati-matian mempertahankan majikannya pada saat dihentam teruk oleh pelbagai pihak, kini perkara tersebut tak akan berlaku lagi.
Khabarnya mereka telah melepaskan jawatan secara mengejut sebagai jurucakap dalam syarikat berkenaan.
Pengumuman secara rasmi mengatakan mereka tidak lagi terlibat dalam urusan syarikat itu telah pun dibuat baru-baru ini.
Semuanya diluahkan dalam laman sosial facebook masing-masing.
Tidak mahu terus berteka-teki tentang situasi berkenaan, Pancaindera bergegas mendapatkan komen daripada salah seorang bekas speaker.
“Saya tak dibenarkan memberi komen buat masa sekarang. Kena tutup mulut. Nanti-nantilah saya cerita. Bila tiba masanya, kenalah tunggu,” ringkas Lan Kristal dalam perbualan Khamis petang lalu ketika diminta untuk mengulas tentang isu berkenaan.
Vokalis kumpulan Kristal ini juga beberapa kali menekankan pernyataan ‘tiada komen’ saat diasak dengan situasi keruh melibatkan perniagaan itu.
Cubaan Pancaindera untuk mendapatkan komen dari lima lagi artis juga menemui jalan buntu apabila masing masing enggan memberi sebarang kenyataan. Talian telefon dibiarkan berbunyi sehingga ke akhiran.
AC Mizal adalah pemilik syarikat ACK yang ditubuhkan pada 2009 yang mana dia bertindak sebagai pengerusinya dengan bisnes bernilai RM200 juta.
Syarikat itu menjadi pembekal gelang dan rantai kesihatan berasaskan magnet jenama AC Mizal.
Sementara itu, difahamkan keenam-enam artis yang menganggap dirinya sebagai mangsa itu hanya akan ‘membuka mulut’ tentang apa yang berlaku dalam satu sidang akhbar khas tidak lama lagi.
Sidang akhbar itu sekali gus akan berlangsung bersama perjanjian mereka sebagai duta bagi Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS).
Surat jemputan media berkaitan pengumuman penamatan jawatan mereka di AC Konsortium dan sidang akhbar pelantikan duta AUCMS telah pun diedarkan kelmarin.
Majlis berkenaan bakal diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pada hari Rabu bersamaan 15 Jun, pukul 4 petang.
“Apakah punca dan sebab utama artis-artis ini meninggalkan AC Konsortium secara mengejut? Benarkah mereka juga menjadi mangsa penipuan?
“Segala-galanya akan terjawab dalam sidang media itu nanti. Datang, dengar dan tanyalah apa saja soalan, mereka akan jawab,” kata orang kuat di sebalik penganjuran acara berkenaan kepada Mingguan Malaysia.
STONE : Ada kawan-kawan aku kata, Tuhan maha adil. Dia bayar CASH pada budak ni.
Dulu dia hebat 'tipu' orang ... beli gelang dengan harga RM45 dari Cina, datang sini dijualnya dengan harga RM1,000.
Katanya nak dapat Dato' dari Pahang, tapi ditarik balik, sampai hari ni tak dapat. Yang dapat dalam diam-diam hanya Ramli MS dan M Nasir.
Dan sekarang 6 jurucakap nya yang terdiri dari artis-artis pula dah 'cabut' ...
Nasib kau lah Mizal ... Jangan menipu orang ... sekarang apa dah jadi????
Nasib kau lah Mizal ... Jangan menipu orang ... sekarang apa dah jadi????
3 comments:
Ha... ha... masa kerajaan lancarkan skim kredit mikro dulu ada juga kes yang banyak orang terkena. Ceritanya begini: ada satu syarikat yang kononnya ada modal pusingan juta2 tawar supaya individu meminjam RM6,000 dari BSN yang jadi saluran skim kredit mikro. Mereka akan dapat RM3,000 dan penapis air selain akan memperolehi komisyen lumayan kalau perkenalkan downline bagi menyertai skim ini. Selidik punya selidik harga penapis air tu hanya berharga RM250 saja setiap satu. Peserta skim ini kena bayar sepenuhnya pinjaman yang diperolehinya itu (RM6,000) selama 5 tahun.
Hahahaha sama la tu mcm mamat mizal ni buat.
dia senang atas kesusahan orang lain. hidup dia semakin mewah, macamane dia kata dia tolong orang melayu? tolong diri sendiri sebenarnye..
Post a Comment