Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di negeri itu.
Katanya, keputusan itu dibuat supaya anak Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala FA antara pasukan negeri dan Terengganu di Bukit Jalil malam ini dapat pulang dengan selesa.
"Insya-Allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan melawan Terengganu.
"Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," kata di laman Facebook.
Beliau juga menyeru semoga penyokong perlawan malam ini dapat menjaga tatatertib sepanjang menyaksikan perlawanan. - mkini -
No comments:
Post a Comment