Ibu tutup mulut mangsa ketika 'dikerjakan' bapa tiri
KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu.
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad. Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011.
Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.
Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.
Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.
INFO: Pertuduhan
•Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa menyuruh anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun dan 1 bulan membuka pakaian dan menutup mulut mangsa ketika dirogol suaminya yang dinikahi hampir setahun lalu di dalam bilik mangsa, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, pada April 2011.
•Tuduhan kedua pula, dia dituduh bersubahat dengan suaminya menyuruh mangsa masuk bilik bapa tirinya itu, masa yang sama, pada 12 Mei 2011.
•Bagi dua tuduhan merogol, pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau 10 sebatan.
•Bagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - BH
STONE : Aku pasti ustazah ni ada penyakit ... penyakit bersabit seks ... kalau ia dalam keadaan normal, mustahil seorang ibu sanggup melihat anak kandungnya 'dikerjakan' ... dunia akhir zaman ...
STONE : Aku pasti ustazah ni ada penyakit ... penyakit bersabit seks ... kalau ia dalam keadaan normal, mustahil seorang ibu sanggup melihat anak kandungnya 'dikerjakan' ... dunia akhir zaman ...
No comments:
Post a Comment