03 July 2011

BERSIH 2.0 ; Adakah polis kini sudah buta warna? Lagi tangkapan ...

KOTA KINABALU - Kira-kira 60-70 anggota polis telah menahan 7 remaja yang sedang bersarapan pagi hari ini. Hanya seorang daripada mereka memakai baju kuning Bersih, 3 memakai baju kuning biasa manakala 3 lagi memakai baju lain-lain warna.

Apakah polis sudah buta warna?

DI MELAKA : Seramai 17 orang ahli PAS Kawasan Jasin telah ditahan di dalam operasi polis menahan penjualan baju Himpunan BERSIH di Jasin hari ini. Mereka ditahan di dalam serbuan polis selepas Seminar PAS Ganti UMNO di di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin.

Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin.

Polis bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar.

Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.

Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil.

Sehingga kini dilaporkan pihak polis belum menyatakan secara khusus di atas kesalahan apa yang dikenakan terhadap mereka yang ditahan.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Kuning utk semua...








Undi BN Undi HARAM - TV Porno boleh. Akhbar Porno boleh. Perhimpunan Bersih Tak boleh...
Generasi baru wajib 'membunuh' beruk-beruk tua nyanyuk BN yang Nak MampuS !!

>>>http://facebook-1malaysia.blogspot.com/<<<

izham said...

kerja guna kepala otak untuk beri makan anak bini bukan jadi pak turut sampai ke mampos....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive