05 July 2011

Inflasi : Kenyataan sedap mulut - ingat semua rakyat bodoh - dari sorang menteri

KUALA LUMPUR - Kadar inflasi makanan negara dicatatkan menurun ke paras 4.6 peratus pada Mei lepas berbanding 4.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata, bagaimanapun kadar inflasi itu masih lebih rendah berbanding beberapa negara asing seperti Thailand (8.4 peratus), Indonesia (10.2 peratus), China (11.7 peratus) dan Korea Selatan (6.2 peratus).

Menurutnya ketika menjawab soalan Senator Mariany Muhammad Yit pada persidangan Dewan Negara, inflasi bukan sahaja berpunca daripada kenaikan harga barangan makanan seperti gula, tetapi turut disebabkan oleh faktor bekalan,

”Inflasi merupakan isu yang memerlukan tindakan bukan sahaja dari kerajaan, malah ia perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak terutama pengguna,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, antara inisiatif kerajaan ialah penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga khusus untuk mengatasi isu-isu berkaitan bekalan, harga barangan dan perkhidmatan serta pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang berkuatkuasa 1 April lepas.

“Pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia, dilihat sebagai langkah menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan Malaysia dan membendung ‘imported inflation’ yang selalunya berlaku jika barang diimport dengan peratusan yang tinggi daripada luar negeri,” katanya.- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive