09 July 2011

Program Ceramah Keadilan Kelana Jaya : Hampir 200 polis berkumpul

Oleh: Norasyikin Samsi)

PETALING JAYA: Hampir 200 anggota polis berhimpun di segenap laluan jalan di Seksyen 7 Kelana Jaya bagi menghalang program ceramah yg dijadual berlangsung malam ini membabitkan pimpinan KEADILAN.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir pada ceramah malam ini.

Bagaimanapun, Urusetia Dun Kelana Jaya, Anuar Yaacob berkata polis mendakwa permit ceramah itu ditarik balik kerana himpunan Bersih hari ini.

Program ceramah Demi Rakyat cabang Kelana Jaya ini merupakan program susulan ceramah ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’.

Malam ini merupakan malam kedua Anwar berceramah di Lembah Klang.

Semalam beliau berceramah di sebuah madrasah di Bandar Tun Razak Cheras bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pimpinan lain.

Bagaimanapun program berjalan lancar.

Esok Anwar dijadual berceramah di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive