20 July 2011

Serangan kanister gas : Percubaan untuk membunuh DSAI

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, serangan gas pemedih mata yang dihalakan tepat ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu, adalah siri terbaru dalam cubaan membunuh Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakqry Jaafar Sidek membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD).

Laporan itu berhubung serangan kanister gas pemedih mata yang dilakukan polis terhadap Anwar dan Fayyadh ketika mereka berada di KL Sentral semasa perhimpunan aman Bersih 2.0.

Fayyadh mengalami kecederaan teruk dengan retak di tulang pipi sebelah kiri kerana cuba melindungi Anwar dalam serangan tersebut.

Menurut Surendran, tindakan polis itu susulan dari cubaan membunuh terhadap Anwar sejak 1998, termasuk usaha mensabotaj kereta yang dinaikinya bagi mengakibatkan kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu.

“Sebab itu kita minta KDN dan kerajaan segera menyiasat perkara ini,” kata Surendran.

Pada 10 Mei lalu, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan polis berhubung insiden pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.

Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.

Pada masa yang sama, Nurul Izzah menerima ugutan SMS dari seseorang yang tidak dikenali yang mengugut untuk menculik anaknya bagi memaksa Anwar berundur dari politik.

Sumber :  http://www.keadilandaily.com/?p=17136

1 comment:

dankuala.com said...

Lawak punya kenyataan . Dah banyak kali Anwar ' cuba dibunuh '. Tapi sampai sekarang tak mati juga.

Takutlah kepada Allah. Menulis bukan kerana nafsu tetapi pertanggungjawaban terhadap Tuhan Rabbul Jalil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive