22 August 2011

Al-Jazeera: Anak Gaddafi dikenakan tahanan rumah

August 22, 2011BEIRUT, 22 Ogos — Anak sulung pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Mohammed memberitahu televisyen al-Jazeera hari ini, beliau ditahan oleh pemberontak dan sedang dikenakan tahanan rumah di Tripoli.

“Mereka yang bersenjata mengepung rumah saya dan saya masih di rumah dan mereka di luar,” kata beliau dari Tripoli.

“Mereka berkata mereka akan menjamin keselamatan saya. Mereka mengepung rumah saya,” katanya lagi.

Saluran televisyen itu berkata bunyi tembakan latar belakang juga kedengaran.

Ya, bunyi tembakan di kawasan rumah saya,” katanya sebelum panggilan telefon terputus tiba-tiba.

Kemudian, Mohamed mengesahkan bahawa beliau dan keluarganya selamat dan tidak mengalami kecederaan. — Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive