20 September 2011

Mat Sabu ditahan

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Berita Harian Online memetik Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Petang tadi, peguam pemimpin PAS itu, Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok.

Ini berikutan ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong yang akan dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. - mkini

1 comment:

Cr Mohd Asri Ahmad, K.B, P.A (Mal), Certified TAJMA Personality Practitioner, Certified SPT Practitioner said...

Mat Sabu maksum ke tak boleh kena tahan. Jangan ingat semua yg kita buat tu betul. Janganlah berfikiran cincai wahai saudara. Konon kita ni Islam sangatlah ... maka orang lain kita perlekah ... bangunlah lah woi drp buaian syaitan yg sangat cerdik itu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive