Sebelum ini ada saja kisah-kisah kurang enak yang melibatkan pemilik nama Ana Nur Hidayah Bt Mohd Raffali atau lebih dikenali sebagai Ana Raffali ini. Namun, sejak kebelakangan ini jarang sekali kita mendengar cerita mengenai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 ini.
Baru-baru ini GUA berpeluang untuk berjumpa dengan pelantun lagu, ‘Tolong Ingatkan Aku’ ini di Sidang Media ABPBH2011 di Holiday Villa, Subang. Kesempatan ini digunakan GUA untuk bertanyakan mengenai perkembangan terbaru gadis berusia 26 tahun ini.
“Saya akan buat yang terbaik untuk lagu ‘Kalau Berpacaran’ iaitu lagu duet saya dengan Shohaimi Mior Hassan dan Altimet. Selain itu, sekarang ini saya sibuk buat lagu untuk sebuah portal kanak-kanak, Morrieland. Portal berbentuk pendidikan ini mengajar kanak-kanak untuk belajar Bahasa Inggeris dan setakat ini saya baru siapkan satu lagu iaitu ‘Run To Morrieland’.
“Saya juga dalam perancangan untuk buat jelajah album saya dekat UiTm di seluruh Malaysia. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang saya rancang nak buat tahun depan,” ujar pelantun lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur’ ini.
Apabila ditanya mengenai lagu-lagu barunya yang jarang diputarkan di radio, Ana memberitahu, “Walaupun dah ada nama, namun kesukaran untuk mendapat ‘airplay’ itu tetap ada. Tak apalah, saya faham dengan perkara ini,” jelasnya ringkas. - gua.com
2 comments:
jawapannya senang je Ana..toksahla pakai baju kurung..pakai sendat2 atau longgar2 sampai terlondeh atau...tapi sy harap Ana lebih bijak dari kebanyakn artis wanita kita yg tahu menyanyi saja....teruskan mencipta karya/kerja seni yang bermutu dan biarkan kerja seni Ana 'bercakap' utk Ana..
ini kerana kebanyakan stesyen radio pilih bulu..mksudnya pilih artis.kalau sorang tu yang dia suka, sampai 18 kali lagu si penyanyi tu diputar nya..kebanyakan dejay sekarang masih bfikiran kolot dan sempit, tak macam dejay2 dulu. ada pulak tu,siap boikot lagu penyanyi yg dia tak suka..apa agak stesyen radfio tu "mak bapak angkat" dia yg punya, kepada dejay2 dan pnyampai2 radio tu, tolong la buka minda ko yang sempit dan lembik tu, jangan kerana ko, artis yang berbakat, tenggelam bakatnya dek kerana kesengalan dan kebingaian ko...
Post a Comment