04 November 2011

AUKU : UKM4 akan pastikan BN hilang sokongan generasi muda dalam PRU13

Empat aktivis mahasiswa - yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) - 'mengugut' memastikan BN hilang sokongan generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.

"Sudah ada langkah positif dalam BN, khususnya MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk memansuhkan AUKU) tetapi setiap keputusan memerlukan keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan kabinet (mahu merayu) itu betul," katanya.

Hilman mendakwa mendapat maklumat daripada pelbagai sumber bahawa kerajaan sudah memutuskan akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Seksyen 15(5) tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Sebelum ini, laman web sebuah akhbar bahasa Cina memetik sumber-sumber melaporkan kabinet membenarkan kementerian pengajian tinggi merayu kerana keputusan Mahkamah Rayuan dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitter menulis bahawa China Press melaporkan keputusan itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata kabinet belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan memutuskan menunggu nasihat peguam negara untuk tindakan lanjut - Malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive