EVENT ORGANISER

Treasure Hunt - Amazing Hunt ... please call 69Event dot com at 013.2999.666 012.3449.888

08 November 2011

Nabila Huda berbikini di Pulau Tiomam

Seorang peminat secara tidak sengaja telah memuatnaik sekeping foto yang memaparkan pelakon berkenaan dalam persalinan bikini. Menurut blog hiburan OhBulan!, foto tersebut dipercayai dirakamkan oleh peminat berkenaan apabila dia terserempak dengan Nabila Huda ketika percutiannya di Pulau Tioman sekitar pertengahan Oktober lalu.

Bagaimanapun, foto berkenaan yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi itu telah disebarkan di laman sosial dan kini ia menjadi perbualan hangat di kalangan peminat industri hiburan yang mengenali Nabila Huda.

Walaupun Nabila Huda menggunakan kain skaf untuk melindungi bahagian terdedah, namun ia masih belum mampu menutup kritikan-kritikan pedas daripada orang ramai.

Beberapa hari lalu, aktres berumur 27 tahun ini telah dilemparkan dengan kontroversi hangat dimana 2 keping foto aksi liar yang disyaki melibatkan namanya dipaparkan dalam sebuah rancangan hiburan televisyen. Sehingga hari ini, Nabila Huda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas berkenaan isu tersebut.- malaysiadigest

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive