16 November 2011

Najwa kurang selesa dikaitkan dengan Muhyidddin

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Najwa enggan dikaitkan dengan dunia politik yang diceburi ayahnya itu.

Beliau yang juga penyanyi yang sedang meningkat naik melalui lagu Got To Go berkata, kehadiran beliau dalam dunia seni bukan untuk menumpang populariti bapa beliau.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tak pernah mengharapkan apa-apa daripadanya. Janganlah kerana saya anak kepada TPM, mereka boleh cakap macam-macam." Itu antara komen beliau ketika ditemuramah Laman Portal terkenal Murai.com.my.

Walaubagaimanapun, bekas pelajar dari Kolej Muzik Berklee, Amerika Syarikat ini berpandangan ianya merupakan proses kehidupan yang turut dialami yang insan yang bergelar selebriti.

"Kadang kala saya anggap perkara seumpama ini hanyalah lawak jenaka. Apabila orang bercakap seperti itu, saya membalas ya memang semuanya betul. Ayah yang buat lagu, ayah juga yang menyanyikan kepada mereka," katanya.

Beliau yang turut memenangi 2 kategori menerusi Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) berkata, beliau akan membuktikan bahawa kejayaan yang diperolehi diri beliau merupakan hasil bakat seni dan ilmu yang beliau perolehi.

"Kalau selama ini mereka mungkin menganggap saya terjun dalam dunia muzik hanya kerana dibayangi oleh ayah, tapi saya amat berharap sekurang-kurang dengan kemenangan ini mampu mengikis tanggapan tersebut," katanya. KLpos

1 comment:

Anonymous said...

Ingat lagi masa TPM gi Berkeley music school dulu tu kononnya nak buat branch kat sini whatever tapi sebenarnya mengiringi Najwa masuk ke sana laa....gi pakai wang rakyat untuk urusan keluarga...ingat lagi? Standart kerja orang UMNOPORNO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive