04 November 2011

NGO Islam protes "Seksualiti Merdeka"

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam dan yang membela hak orang Melayu, Perkasa mengadakan demonstrasi di sini dan Shah Alam selepas solat Jumaat hari ini mengecam penganjuran program Seksualiti Merdeka.

Di pekarangan Masjid Negara di sini, sekitar 30 penunjuk perasaan, terdiri daripada pengikut Perkasa berhimpun dengan dipantau oleh 20 anggta polis.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris menggesa orang Melayu bersatu dan mengetepikan perbezaan politik mereka bagi menolak gejala homoseksual.

Dalam ucapannya, Irwan mengecam Majlis Peguam kerana menyokong program Seksualiti Merdeka.

Beliau berkata peguam-peguam tidak layak untuk dipanggil sebagai peguam jika memberi sokongan kepada program Seksualiti Malaysia.

Satu memorandum yang ditandatangani oleh Presiden Perkasa diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Memo itu antara lain berbunyi, “kami percaya bahawa apa yang dipromosikan oleh festival (Seksualiti Merdeka) dengan jelas bercanggah dengan ajaran dan tuntutan Islam.”

Katanya program itu telah menghina kesucian Islam.

Di Shah Alam, sekumpulan 80 penunjuk perasaan berhimpun di luar Masjid Negeri sambil membuat tuntutan yang sama.

Sambil melaungkan “Allahuakbar”, penunjuk perasaan membawa sepanduk warna hijau dengan mesej “Jangan berselindung atas nama hak asasi. Hormati hak kami sebagai Muslim di Malaysia” dan “Suhakam, jangan jadi alat musuh anti-Islam.” - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive