Sejarah "Sisters in ISlam" membuktikan kepada kita mereka menyokong segala yang Islam larang dan tentang.
Dari ingatan Tulang Besi sahaja, "Sisters in Islam" telah:
1.0 Menentang perlaksanaan hukum hudud di Terengganu sekaligus membantu usaha UMNO melemahkan PAS
1.1 Menggunakan taktik kotor dan menyebarkan interpretasi bohong terhadap hukum hudud
1.2 Membawa ajaran2 baru dan ganjil berkaitan hukum hudud
1.3 Menakutkan wanita2 seluruh dunia berkaitan hukum Allah SWT
1.4 Menyebarkan fitnah2 terhadap perlaksanaan hukum Allah SWT
1.5 Menolak hukum rejam, sebat dan bunuh bagi orang murtad
3.0 Menyokong amalan homosexual dan sodomi sedangkan jelas perkara tersebut diharamkan Allah SWT
4.0 Mahu mengubah hukum Faraid dalam ISlam mengikut nafsu dan citarasa mereka.
5.0 Menolak kewajiban menutup aurat ke atas wanita2 Islam
6.0 Menyokong penggunaan nama bapa ke atas anak2 di luar nikah sedangkan Islam mengajar yang lain.
7.0 Menolak keharaman murtad di dalam Islam atas alasan2 bodoh dan tidak berasas
8.0 Menolak perlaksanaan Akta Syariah Wilayah Persekutuan hanya semata-mata pentafsiran cetek mereka semata-mata
9.0 Menjadi musuh asasi kepada PAS dengan memberikan kenyataan2 jahil dan jauh menyimpang dari Islam
Yang hairannya, ramai bekas2 anak Perdana Menteri menjadi penyokong tegar mereka i.e. Nuri Abdullah, Marina Mahathir dsbnya.
Yang hairan lagi, harian2 utama jadikan mereka sebagai rujukan di dalam apa-apa isu berkaitan agama. Padahal, ahli2 "Sisters in Islam" ini jahil murakkan dalam hal ehwal agama Islam. UMNO juga senyap sunyi di atas aktiviti serta tindakan mereka ini. UMNO tidak pernah mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka.
WAJIB DAKWA SISTERS IN ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAH ATAS TUDUHAN MURTAD
Tulang Besi mencadangkan supaya laporan dibuat ke atas SISTERS in ISLAM ini dengan tuduhan murtad di Mahkamah Syariah.
Jelas, "SISTERS IN ISLAM" cuma menyalah guna nama Islam untuk mempromosi ajaran2 liberalisma Barat yang jijik lagi dibenci Allah SWT.
Sudah tiba masanya orang2 ini dihukum dan dihalang menyalahgunakan nama Islam lagi - Tulang Besi
3 comments:
Satan in islam sebenar mereka ni
Sisters in Islam adalah wanita berpelajaran tinggi dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.
mereka juga ada pengetahuan agama, jadi mereka berhak mmbuat kenyataan berkaitan isu agama.
boleh belah
Post a Comment