21 November 2011

Skandal "Lembu" Shahrizat - Dia tak salah sebaliknya kita yang dipersalahkan - Wan Azizah

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Skandal penyelewengan projek ternakan lembu melalui National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, adalah tragedi buat negara.

“Penyelewengan itu menjadi tragedi dan tambah jadi tragedi apabila kita pula dipersalah dan mereka mendakwa tidak bersalah,” kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Beliau kesal kerana Pengerusi Eksekutif Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menyalahkan pembangkang dalam skandal berkenaan.

Kata Wan Azizah, Salleh sebagai individu bertanggungjawab harus memberi penjelasan jitu kepada rakyat tanpa memalitkan ‘dosanya’ kepada orang lain.

“Kalau ada fakta mengatakan kita menyeleweng, saya nak tanya siapa sebenarnya menyeleweng, orang yang terima duit atau kita (pembangkang),” katanya.

Bercakap pada majlis penyerahan wang zakat daripada Yayasan Aman kepada 80 penerima di Pejabat Khidmat Rakyat Lembah Pantai, beliau berkata, pembohongan sudah sebati dengan Umno dan kroninya.

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengesahkan pinjaman kepada NFC tidak dibawa dalam Kabinet sebaliknya cuma dibincang Jawatankuasa Projek-projek Berimpak Tinggi.
“Itu membawa banyak persoalan bagaimana pengagihan RM250 juta wang awam dilakukan,” kata Wan Azizah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23186

1 comment:

Tengku Cik Tengku Jamil said...

lembu Shahrizat tu salah PKR. lembu NFC tu salah DAP dan salah PAS. itu salah orang lain. NFC langsung tak salah. Shahrizat pun tak salah. habis siapa yang salah? agaknya lembu yang salah. inilah gaya puak Umno mempertahankan diri. sejak dulu, apabila berlaku kegagalan, mereka tak mahu bermuhasabah diri, tapi lemparkan kesalahan kepada orang lain. buat apalah sibuk-sibuk business orang lain? biaq pilah tak jalan pun, biaq pilah depa beli kondo mahai, sebab masa ni UMNO berkuasa. bising-bising pun nanti silap haribulan yang kaki bising diheret ke mahkamah atas kesalahan membangkitkan isu lembu. jadi siapa yang nak jadi lembu kena faham.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive