11 November 2011

Video fitnah : Anwar dipanggil ke balai polis

KUALA LUMPUR 11 Nov: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil ke Balai Polis Kepong untuk disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan pada Rabu depan.

Siasatan itu berhubung perkembangan terbaru kes video fitnah yang dikaitkan dengan beliau, sekaligus merupakan satu lagi usaha terbaru untuk memenjarakannya.

Sehubungan itu, KEADILAN menuntut Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengentikan serta-merta siasatan dan pendakwaan terhadap Anwar.

Naib Presidennya, N. Surendran berkata demikian dalam sidang media di pejabat parti itu hari ini sebagai mengulas perkembangan terbaru kes itu.

Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Berita lanjut menyusul.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=2285

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive