04 December 2011

Catriona Ross sertai PAS?

KOTA BHARU R 4 Dis. - Penghijrahan aktres Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.

Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.

“Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.


“Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya ‘ustazah jadi jadian’ ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak,” kata ibu kepada Sephia Rania Ross-Iddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, kelmarin.

Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross yang berasal dari Kota Bharu itu berkata, beliau akur dengan segala cercaan dan tohmahan yang diterima sejak berhijrah lebih ke arah kehidupan Islam kerana ia sudah menjadi lumrah.

Menurutnya, beliau selesa dengan penampilan baru itu dan bersyukur ahli keluarga dan rakan-rakan rapat semasa belajar dulu sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya sehingga kini. Katanya, penampilannya itu tidak lengkap tanpa diserikan dengan ilmu dan sebab itulah beliau kini aktif menerima pelbagai undangan program motivasi, bual bicara, ceramah dan juga usrah.

Anak kacukan Melayu-Scotland itu berkata, melalui aktiviti seumpama itu beliau dapat berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat dan juga dapat menimba lebih banyak ilmu agama dengan membaca al-Quran dan kitab agama untuk dikongsi bersama hadirin.

“Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya. Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan,” katanya.

Mengenai pelbagai fitnah yang dilemparkan pula, beliau menerimanya dengan reda dan menganggapnya sebagai dugaan apabila berhijrah ke jalan ALLAH SWT.

Menurutnya, apabila menerima cercaan seumpama itu beliau hanya mampu tersenyum dan mendoakan individu yang mencercanya supaya berubah suatu hari nanti.

Katanya, beliau sentiasa istiqamah dalam menjalani kehidupan supaya perubahan yang dilakukan itu selain memberi kebaikan kepada diri sendiri, ia turut dapat dirasai dan dikongsi bersama mereka di sekelilingnya.

Catriona berkata, kini beliau sibuk dengan program ceramah dan motivasi di beberapa negeri sehingga aktiviti lakonan yang masih diminati terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

Untuk perancangan masa depan, beliau bercadang menghasilkan buku yang menceritakan pengalamannya selama ini dan perubahan yang dilakukan selepas berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

“Insya-Allah jika tiada masalah, saya akan mula menulis buku itu tidak lama lagi,” katanya. SH

4 comments:

TINTA HIJAU said...

AMBO SUKO KALU DIA MASUK PAS,,PAS 4 ALL

Anonymous said...

kalau benar anda memilih PAS, pilihan anda TEPAT, syabas dan terima kasih.

mungkin ramai lagi artis di negara ini akan menyertai PAS, kerana mereka telah mengetahui segala-galanya apa yang umno lakukan. apa komen Admad Idham - Pengarah hantu bonceng

Anonymous said...

Alhamdulillah lah klau btul2 da brhjrah ke arah tuk mnjdi prmpuan solehah...biar la kta brsma glongan org2 solihin...spya mndpt rahmat Allah SWT...brkjar2 la kta ke jln Allah krna kta akan kmbali pd NYA.sgla yg kta ada d bumi hnya pinjaman Allah...hnya amalan soleh kta sja yg d bwa mnghdap Allah.Insyaallah tabahkn hti dgn sgla dgaan....mdah2an mrtabat kta akn d angkat Allah SWT.

Anonymous said...

hijrah.dok rmh.jaga keperluan zahir batin suami.perlu ke keluar bercampur gaul dan bergurau senda dgn lelaki bkn muhrim? memperdengarkan suara dan menyebarkan bau badan yg patutnya hanya utk merangsang suami...???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive