
"PAS tidak gila kuasa tetapi berusaha mengambil alih kuasa dari orang gila," kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.
Beliau membuat kenyataan sedemikian sebagai serangan balas ke atas beberapa Pemimpin UMNO yang menuduh Pimpinan Pakatan semakin gila kuasa dalam merampas Putrajaya daripada gengaman BN.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian pada Majlis 'Bersama Dr. Dzul, Malam yang akan Diingati" di sini malam tadi. Turut hadir di Majlis tersebut termasuklah beberapa Pemimpin Pakatan iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
Majlis berbentuk dialog itu turut menjemput Profesor Undang-Undang dari UIAM Dr. Abdul Aziz Bari - klpos
No comments:
Post a Comment